← Semua artikel
Panduan repair

Bateri Phone Cepat Habis atau Kembung? Tanda Masa untuk Tukar Bateri

Bateri phone cepat habis, phone tutup sendiri atau belakang phone terangkat? Kenali 6 tanda bateri perlu ditukar dan kenapa bateri kembung tak boleh dibiarkan.

Bateri ialah komponen yang paling cepat haus dalam phone. Selepas dua hingga tiga tahun, kebanyakan phone mula menunjukkan tanda bateri lemah.

6 tanda bateri phone perlu ditukar

  • Bateri habis jauh lebih cepat berbanding dahulu
  • Phone tutup sendiri walaupun bateri masih ada peratus
  • Peratus bateri melompat-lompat, contohnya dari 30% terus ke 5%
  • Phone terlalu panas ketika cas atau digunakan biasa
  • Belakang phone atau skrin terangkat — tanda bateri kembung
  • Untuk iPhone: Battery Health di bawah sekitar 80% atau mesej "Service"

Bateri kembung: jangan tunggu

Bateri kembung boleh menolak skrin sehingga retak dan berisiko terbakar jika ditekan atau ditebuk. Jika phone anda mula terangkat:

  • Berhenti cas phone tersebut
  • Jangan tekan atau cuba buka sendiri
  • Bawa ke kedai repair secepat mungkin

Cara jaga bateri supaya tahan lama

  • Elak biarkan bateri sampai 0% terlalu kerap
  • Guna pengecas yang berkualiti
  • Jangan cas dalam kereta panas atau bawah bantal
  • Tutup aplikasi yang guna lokasi dan data latar belakang tanpa perlu

Tukar bateri di mana?

Tukar bateri ialah antara kerja repair paling cepat jika stok tersedia. Di Selangor, cawangan GOFIX menerima kerja tukar bateri untuk telefon, tablet dan laptop, buka setiap hari 10 pagi hingga 9 malam:

Di luar Selangor, cari kedai berhampiran melalui direktori Repair Phone Malaysia. Nota: Repair Phone Malaysia digerakkan oleh GOFIX.

Soalan lazim

Lebih baik tukar bateri atau beli phone baru?

Jika phone masih laju dan hanya bateri yang lemah, tukar bateri biasanya jauh lebih jimat.

Tukar bateri akan padam data?

Biasanya tidak, tetapi backup data dahulu tetap digalakkan.